Baca Untuk Minda Dan Jiwa

|Baca Untuk Minda Dan Jiwa|

reading-is-to-the-mind-what-exercise-is-to-the-body-1-370x2082x

 

Tiga (3) komponen penting dalam diri seorang manusia adalah akal (minda), hati (jiwa) dan jasad (tubuh badan). Pembangunan yang komprehensif ketiga-tiga elemen ini sangat penting dalam perkembangan seseorang manusia dan menjadikan seorang manusia itu lebih hebat dari sebelumnya.

Jika beriadah dan bersukan mampu membentuk tubuh badan manusia menjadi lebih kuat, sihat serta cergas; Manakala, manakala penulisan dan bahan bacaan yang cemerlang pula mampu menggegarkan minda dan menyentuh jiwa manusia yang sedang membacanya.

Umum telah mengetahui bahawa Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini dengan memberi kepadanya potensi akal, yang pada dasarnya di(ter)tuntut untuk berlumba-lumba membangunkan potensi diri dan membuktikan keintelektuannya dalam masyarakat sejagat.

Mengambil ruh semangat dari kalam cinta Allah SWT yang pertama kali diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, adalah sangat penting bagi seseorang manusia itu memperkasakan minda dan jiwanya dengan menjadikan membaca sebagai hobi serta habit sepanjang kehidupannya.

Firman Allah:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan [1], Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah[2]. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia[3]. Yang mengajar (manusia) dengan pena[4]. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya[5].” – Surah al-‘Alaq (96) : 1-5

Jika begitu kata Iqra’ bererti bacalah, telitilah, kajilah, dalamilah, ketahuilah
ciri-ciri sesuatu, bacalah alam, bacalah tanda-tanda zaman, sejarah, diri
sendiri baik yang tertulis mahu pun tidak. Justeru, objektif perintah iqra’ adalah mencakupi segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh akal manusia.

Bacaan yang berkualiti lagi bermanfaat akan mencetuskan pemikiran yang kritis dan kreatif untuk mendepani pelbagai masalah serta membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan seharian. Pemikiran seseorang akan mencapah dan lebih terbuka untuk mengharungi dunia globalisasi ini yang memerlukan seseorang itu untuk berfikiran jauh.

Di samping itu, melalui pemikiran yang segar bugar tersebut sudah tentu akan melahirkan jiwa dan perasaan manusiawi yang lebih baik serta lebih mendasar. Minda terbang tinggi ke awan biru, hati mengakar utuh di dasar bumi. Apabila diri sudah mendapat gambaran luas terhadap dunia, sudah tentu hati dan jiwanya akan lebih rasional dalam menilai sesuatu perkara itu, bukan hanya melaksanakan dengan semberono sahaja. Ibarat melepaskan batok di tangga.

Justeru itu, bagi membentuk minda dan jiwa yang mantap, tidak lain dan tidak bukan adalah melalui bacaan yang berkualiti, baik, benar dan mampu mencetuskan serta melahirkan pemikiran yang out of the box (baca: luar kotak). Pemikiran yang mencapah dan jiwa yang mendasar akan terlahir dari pembacaan yang baik, termasuklah kualiti bahan bacaan serta kualiti pembacaan kita.

Falsafah membaca¹

  1. Bacaan yang menambah ketaqwaan
    • Apakah yang dimaksudkan dengan bacaan yang membawa kepada mengenal Tuhan? Apakah pula yang dimaksudkan dengan membaca kerana Allah? Pernah seorang hamba Allah menyatakan perkara ini kepada saya. Membaca atau belajar kerana Allah adalah apa yang kita baca atau belajar itu akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah secara tidak langsung mahupun secara langsung.
  2. Ikhlas dalam pembacaan
    • Ikhlas dalam membaca boleh disama ertikan dengan tidak meletakkan apa jua syarat yang ‘tidak masuk akal’ dalam membaca. Sebagai contoh, kita akan membaca bahan bacaan yang mahal sahaja, atau buku yang diperbuat dari kertas yang tebal sahaja.
    • Bahkan, jika seseorang yang ikhlas dalam pembacaan, tidak kira dimana jual ilmu itu wujud, mereka akan membaca. Tidak kira di kulit haiwan mahupun lembaran kertas. Kerana baginya, semuanya adalah ilmu.
  3. Bacaan yang tidak menjauhkan diri dari Allah
    • Membaca menuntut dari si pembaca bukan saja sekadar melakukan bacaan dengan ikhlas, tetapi juga antara lain mampu memilih bahan-bahan bacaan yang tidak menghantarnya kepada hal-hal yang bertentangan dengan ‘nama Allah’ itu.
  4. Bacaan yang berulang
    • Pengulangan perintah membaca dalam wahyu pertama ini, bukan sekadar menunjukkan bahwa kecekapan membaca tidak diperoleh kecuali mengulang-mengulangi bacaan, atau membaca dilakukan sampai mencapai batas maksimal kemampuan diri seseorang itu. Tetapi juga untuk mengisyaratkan bahwa mengulang-ulangi bacaan dengan bismirabbika (atas nama Allah) akan menghasilkan pengetahuan dan wawasan baru walaupun yang dibaca adalah perkara yang sama.
  5. Bacaan yang membuka minda
    • Marcapada ini, pelbagai bahan bacaan diluar sana yang kadang kala memberi impak buruk dalam kehidupan kita seperti bacaan pornografi, bacaan makian serta bacaan yang mengajak manusia kepada sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal!
    • Oleh itu, bacaan yang harus dibaca oleh kita adalah sejenis bacaan yang merangsang minda untuk lebih ‘bekerja’ dan memahami isi kandung dunia ini seperti bacaan politik, bacaan ekonomi dan bacaan sejarah.

Iqra’ menjadi ayat pertama pada memperbaharui Kerasulan yakni mengembalikan manusia kepada kehidupan berTuhan. Membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, adalah asas besar dalam erti kita menjadi Muslim. – Ustaz Hasrizal Abdul Jamil²

 


¹Falsafah Iqra’ | Memahami Konsep ‘Membaca’ Dalam Islam Oleh Muhibuddin (https://www.mail-archive.com/is-lam@milis.isnet.org/msg03574.html)

²Iqra: Permulaan Sebuah Perjalanan (http://saifulislam.com/2012/10/iqra-permulaan-sebuah-perjalanan/)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s